BannerFans.com

Wednesday 27 February 2013

Kebaikan rawatan spa


Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy), terapi urutan, refleksologi, terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.


Kebaikan rawatan spa


Membetulkan tanggapan masyarakat mengenai perkhidmatan spa


Tindakan segelintir pengusaha spa yang menyalahgunakan premis untuk tujuan tidak bermoral membuatkan ramai di kalangan masyarakat memandang serong terhadap industri ini.

Sebagai usaha memasarkan spa tempatan supaya setanding dengan spa di peringkat antarabangsa, ada segelintir pengusaha yang mengeksploitasi wanita dengan menampilkan mereka dalam imej kurang sopan, memakai pakaian menjolok mata serta menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tidak bermoral.

Menurut William Ng, pengerusi penganjur Festival Spa dan Kesejahteraan Asia 2007, masyarakat perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan "spa" dalam erti kata yang sebenar.

"Yang penting kita perlu bezakan apakah yang dimaksudkan dengan spa, jangan kita longgokkan industri spa ini dengan kegiatan maksiat."

"Spa adalah industri yang bertaraf antarabangsa, ramai pengusaha spa telah melabur berjuta-juta ringgit untuk membuka spa bertaraf antarabangsa, dan perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan kesihatan seperti urutan tradisional kecantikan dan sebagainya," kata beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts