BannerFans.com

Monday 11 February 2013

Tips untuk rambut berkelumumur.


Kelemumur dalam bahasa perubatannya disebut sebagai seborrhea atau dermatitis seboroik sering terjadi pada kulit kepala yang berminyak, namun ia juga banyak ditemui pada kulit kepala yang kering. Kelemumur bukan hanya menyerang kulit kepala sahaja , tetapi juga menyerang daerah lain seperti pada wajah , lipatan payudara , ketiak dan lain-lain.
                             
       
 Kelemumur ialah kelainan kulit yang disebabkan kerana kulit yang terlalu lembap atau berminyak. kelembapan dan miyak yang berlebihan pada kulit akan menyebabkan kulit meradang. Hal inilah yang menyebabkan kelemumur termasuk dalam kelompok penyakit radang kulit atau dermatitis

               
kita sering mendengar dan melihat iklan di media massa tentang syampu yang katanya mampu mengatasi masalah rambut yang berkelemumur.sayangnya ,tidak semua individu yang mengalami masalah kelemumur bijak dalam menilai iklan tersebut,sehinggga mereka akan terus bertukar-tukar syampu ynag menurut iklan cukup mujarab untuk mengatasi rambut yang berkelemumur.Perlu diketahui bahawa syampu yang biasa anda gunakan tidak akan menyebabkan rambut berkelemumur,dan tidak semua syampu mujarab untuk mengubati kelemumur.
             
 Syampu yang dibuat untuk mengubati kelemumur perlu mengandungi bahan-bahan seperti tar,asid salisik,zinc,selenium sulfide dan ketoconazole . Walaupun tidak ada jamunan bahawa syampu yang mengandungi bahan-bahan tersebut akan mampu mengubati masalah kelemumur sebanyak 100%, namaun bahan-bahan tersebut secara minimumnya akan mampu mengawal serangan kelemumur pada kulit kepala.
             
 Anda bebas menggunakan syampu anti kelemumur yang anda suka .Ia sama ada seminggu sekali,dua hari sekali ataupun setiap hari.semuanya bergantung pada tahap keparahn gejala kelemumur yang terjadi paa kulit kepala anda .semakin parah keadaannya , maka semakin kerap pula anda harus menggunakan syampu  anti kelemumur.
             
 Jika dalam beberapa kali pemakaian  syampu tersebut kelemumur sudah hilang, maka anda boleh menggantikan syampu rawatan tersebut dengan syampu biasa.Jika kelemumur muncul lagi,maka sebaiknya anda menggunakan semula syampu anti kelemumur. Ulangi kaedah ini sampai kelemumur berkurang dengan drastik.
                 
Selain dengan sympu, kelemumur juga boleh dirawat dengan menggunakan krim yang mengandungi kortison dan anti kulat. Kortison akan berfungsi untuk mengurangkan radang. Belilah krim yang mempunyai kandungan kortison antara 0.5-1 % agar krimtersebut selamat digunakan pada wajah . Gunakan krim ini 2 kali sehari padabahagian kulit yang kelemumur.
                 
Sama keadannya dengan syampu ,penggunaan krim sebaiknya dihentikan jika kelemumur sudah hilang dan digunakan semula apabila kelemumur muncul lagi. jika semua usaha diatas suadah dilakukan oleh anda namun kelemumur tetep juga tidak hilang,maka sebaiknya anda berunding dengan doktor pakar kulit . Merawat kelemumur bukanlah stu perkara ynag mudah. Ini kerana kelemumur kerap berlaku semula dan tidak dapat hilang sama sekali. Namun sebenarnya kelemumur dapat dihilangkan dengan cara-cara yang sangat sederhana dan  murah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts