BannerFans.com

Saturday 9 February 2013

Persiapan dan kewajipan sebelum bernikah.

Setinggi mana tahap kependidikan  ataupun kerjaya anda yang ceburi, anda harus mempelajari apa saja ilmu rumah tangga yang kelak menjadi hak dan kewajipan terhadap isteri, cara berinteraksi , mengenali emosi seorang isteri, karektor dan memahami fikirannya. Mencari aspek kekurangan untuk sama-sama seorang suami membimbing dan memperbaiki. Bergelar sebagai suami dan isteri mempunyai tugas yang berat dan kewajipan yang besar sekiranya seseorang itu tidak berilmu dalam hal-hal rumahtangga.

Semua ilmu ini diperolehi dari tradisi dan khidmat nasihat dari kalagan keluarga. Menyertai kursus perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mendapat ilmu tentang perkahwinan. Disamping itu juga mendengar ceramah tentang alam perkahwinan memboleh seseorang memahami selok belok perkahwinan.

Cara yang tepat mendapat kebahagiaan rumah tangga adalah memberi komitmen yang padu terhadap ajaran Islam mengenai kaifiat berinteraksi dengan isteri. Inilah jalan terbaik untuk menjadikan rumahtangga bahagia. Semakin kuat komitmen terhadap manhaj Allah dalalm berinteraksi dengan isteri, semakin dekat pula dirimu dengan kebahagaian rumah tangga yang sejati. Apa yang paling penting bagaimana mahligai perkahwinan yang terbina mendapat redha Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Jika seorang lelaki atau perempuan yang beramal soleh dalam keadaan beriman, maka kami berikan kehidupan yang baik". (Al-Nahl: 97)


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts