.jpg)
1. Selalu membersihkan wajah dengan susu krim pembersih wajah menjelang tidur atau selepas bangun .
2. Sapukan krim malam ,urutnya secara memutar. Krim malam berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit ,dan membantu kulit seperti dilahirkan semula.
3. Memakai masker jenis menggelupas seminggu sebanyak 2 kali. Masker ini berfungsi untuk mengangkat kotoran dan minyak yang berlebihan pada wajah.
4. Melakukan pengelupasan sendiri sebanyak sebulan sekali. Pengelupasan berguna untuk menanggalkan kulit mati yang menyebabkan kedut dan bintik- bintik hitam.
Pengelupasan hanya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 minit sahaja kerana pengelupasan mengandungi bahan aktif . Jika terlalu lama melekat pada kulit , kulit boleh menggelupas dan kemerahan. Bagi merawat wajah kusam , ada 2 cara yang boleh dilakukan .Pertama ,merawat dari dalam. caranya :
1. Amalkan cara hidup sihat dengan makan dan minum makanan yang berkhasiat ,senaman dan istirahat yang cukup kerana cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, suka minuman keras , dan banyak berfikir akan tercermin secara langsung pada kulit.
2. Minum air putih. Manfaat dari minum banyak air putihadalah untuk menjaga keseimbangan kelembapan , keanjalan, dan pemulihan kulit dari dalam.
3. Sayur dan buah .Buah dan sayur -sayuran banyak mengandungi vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin C dan E yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik untuk kulit.
4. Suplemen makanan bila perlu . JIka pengambilan makanan seharian (sayur dan buah) kurang, maka anda dianjurkan untuk mengambil vitamain A,C,dan E .
Kedua, rawatan dari luar .Caranya :
1. Rawatan dengan produk kosmetik ,terutama yang memberi kesan melembapkan kerana kelembapan kulit boleh hilang seiring dengan aktiviti harian , dan kesan persekitaran seperti ruang berhawa dingin. Cara ini juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV. Sinaran matahari yang mengandungi sianr UVA dan UVB dapat membuatkan kulit menjadi kusam dan hitam. Gunakan krim malam kerana selama kita tidur ,kulit melakukan pertumbuhan semula. Gunakan masker wajah , baik gel pengelupas dan dari tanah liat . kesannya adalah untuk membersihkan dan mengembalikan kelembapan , serta mengencangkan tekstur kulit.
2. Rawatan dengan teknik kosmetik . Rawatan muka berguna untuk mengikis sel-sel kulit mati dan kotoran yanag tidak terjangkau dengan pembersiahan bias melalui bantuan pakar-pakar kecantikan . Selain membersihkan , rawatan muka akan membantu mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit agar kulit kelihatan berseri . Megurut bahagian wajah dapat membantu mengembalikan kecerahan kulit wajah kerana urutan akan melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen ke sel-sel kulit.
No comments:
Post a Comment