BannerFans.com
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.

2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.


Keterangan/Hujah:


Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada perkahwinan tersebut akan memberikan kemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudharatan maka menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara.

Antara Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripada mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama dan keturunan.

Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang hendak berkahwin melakukan ujian HIV.

Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkan perkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaran yang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mengenai perkongsian hidupnya pada masa akan datang. Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha’ ke atasnya secara langsung.

infomasi dari e-fatwa

Perunding perkahwinan

Perunding perkahwinan adalah salah satu perkerjaan yang amat popular pada masa ini. Fungsi perunding berkahwinan adalah memberi khidmat nasihat pada mereka yang ingin mengadakan majliskan perkahwinan Khidmat nasihat tentang fotograpi , katering, khemah pengantin, andaman dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan mengadakan majlis perkahwinan.
Perunding perkahwinan
Bagaimana memilih perunding perkahwinan yang terbaik ?

Di Malaysia ada beribu perunding perkahwinan yang didaftar di agensi kerajaan. Sebagai pengguna kita seharunya berhati-hati dalam pemilihan perunding perkahwinan. Maklum majlis Raja sehari bukan mudah yang disangka banyak hal-hal remeh temeh perlu diambil kira. Nasihat saya carilah perunding perkahwinan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Pakej yang diberikan.

Sebagai seorang penguna dan bakal pengantin kita seharusnya , memilih pakej perkahwinan yang mampu dan memberi perkhidmatan yang terbaik. Sila perhalusi pakej perkahwinan yang diberikan .Yang paling penting pilih Pakej perkahwian yang mampu dan jangan berhutng untuk mendirikan perkahwinan.

Kami Lara Manja Beauty bersedia untuk menjadi perunding perkahwinan anda kerana :-

  • kami lebih berpengalaman.
  • Pakej yang dikenakan adalah berpatutan.
  • Pakaian dan tema perkahwinan memgikut trend terkini.
  • Memberi perkhidmatan yang terbaik kerana kami adalah pakar.
  • Perhidmatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

keterangan lanjut Sila hubungi kami 


Perancangan kewangan selepas majlis perkahwinan.

Perancangan kewangan  selepas majlis.Kehidupan selepas mengadakan majlis perkahwinan adalah patut difikirkan. Ramai diantara kita terlepas pandang tentang persediaan kehidupan selapas menjalankan majliskan perkahwinan. Disini saya saran agar bahawa semua pengantin baru agar memperolehi ilmu tentang kehidupan rumahtangga kerana kehidupan bujang tidak sama dengan kehidupan berumahtangga.

Perkara paling penting ialah persediaan dari segi kewangan. Di zaman yang serba moden banyak agensi kewangan yang menawarkan pinjaman kewangan yang untuk mengadakan majlis perkahwinan. Apa yang paling membimbangkan ada pula para mempelai sanggut berhutang dengan agensi kewangan atau bank untuk mendirikan rumahtangga dan ada pula yang masih berhutang walaupun sudah mempunyai anak yang ramai. Majlis perkahwinan biar mengikut kemampuan, jangan keterlaluan untuk mengadakan majlis. Biarlah kesederhaan dalam mengadakan majlis.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts