BannerFans.com
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Monday, 18 February 2013

Sifat isteri yang solehah

Membahagiakan suami tidak dapat dilakukan dengan kata-kata sahaja. Malah ia hendaklah dibuktikan dengan perlakuan dan perbuatan. Isteri yang cerdas adalah isteri yang manpu berkelakuan baik dalam setiap keadaan , menjaga dan mengutamakan perasaan suami melebihi segalanya-galanya, tidak meninggalkan sifat kewanitaan dalam keadaan apa pun dan sentiasa menawan hati suami. Kata-kata manis adalah perhiasan, senyuman yang menawan adalah kecantikan, aroma tubuh yang wangi adalah kegembiraan, sisiran rambut yang baik adalah kebahagiaan dan perhiasan yang sederhana adalah cahaya.
Sifat isteri yang solehah
Beberapa sifat-sifat isteri solehah


  • Membatasi pandangan hanya kepada suami dan denganya. tidak membandingkan dengan orang lain dan tidak mengharapkan menjadi orang lain.
  • Membatasi aktiviti di rumah tidak sering keluar rumah kecuali terpaksa.
  • Bersegera meminta maaf walaupun dirinya dizalimi demi mengamalkan hadis" Mahu engkau ku beritahu mengenai isteri-isterimu yang menjadi penghuni syurga ?Merekalah yang penuh kasih sayang, subur dan suka meminta maaf. Iaitu isteri yang dizalimi, dia berkata" Inilah tanganku yang ada padamu. Aku tidak dapat tidur sampai engkau redha " (HR.An-nasa I).
  • Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mendidik anak dengan baik serta memenuhi kedua dengan baik,
  • Berusaha kelihatan cantik dalam setiap keadaan. Penampilannya cantik,aromanya wanyi, tutur katanya lembut dan memikat serta berakhlak mulia. 

Tuesday, 12 February 2013

Kenapa orang sekarang lambat berkahwin ?

Sudahkah anda berkahwin ? Satu persoalan yang amat merunsing bagi mereka yang lanjut usia. Di zaman serba moden dipenuhi dengan teknologi terkini disamping media elektronik yang canggih masih ada mereka yang lambat mendirikan rumah tanggah. Memang betul ajal maut ,jodoh pertemuan semua ditentukan Allah S.A.W tetapi sekiranya kita tidak berusaha untuk mencari , mana datangnya jodohnya. Sebagai seorang yang beriman kita seharusnya berusaha untuk mencari pasangan supaya kita dapat memenuhi tujuan kita di dunia ini. Apa yang saya coretkan disini bukan untuk menghina golongan yang lambat berkahwin tetapi sekadar berkongsi untuk renungan bersama.
Kenapa orang sekarang lambat berkahwin ?
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Perkara yang membuat seseorang lambat mendirikan rumahtangga. :-

  • Terlalu memikir kejayaan atau kerjaya.
  • Terlalu mencari kesempurnaan.
  • Kurang didikan agama tentang perkahwinan
  • Merasakan perkahwinan tidak penting bagi dirinya.
  • Kos yang tinggi  untuk menanggung kos perbelanjaan perkahwinan.
  • Kurang matang.
  • Takut pada tanggung jawab
  • Hantaran yang dikena agak tinggi diluar kemampuan pihak lelaki.
  • Kerjaya yang menyekat pergaulan seperi pergi berkerja awal pagi balik lewat malam.
  • Selalu menangguh perkahwinan.
  • Masih lagi mencari-cari nikmat keduniawi sehingga lupa bahawa umur sudah lanjut untuk berkahwin
  • Masalah kesihatan.
  • Tidak mempunyai kerjaya yang tetap.
  • Mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluar.
  • Terlalu mengikut adat seperti langkah bendul.

Kenapa pernikahan sangat penting bagi wanita


Pernikahan adalah tuntutan keagamaan dan keduniaan baik lelaki mahupun perempuan.Namun, kerana beberapa sebab ,ianya meajadi lebih penting lagi bagi perempuan, diantaanya;

1. Keutamaan pemuda muslim adalah bekerja dan menikah , sedangkan keutamaan gadis muslimah adalah menikah dan menjadi ibu.

2. Pemuda yang tidak menikah ,akan kehilangan banyak ketenangan dan kebahagian , sedangkan gadis yang tidak  menikah akan kehilangan sebahagian besar ketenangan dan kebahagian. Dalam kehidupan sehari-hari ,gadis itu akan   merasakan luka yang lebih mendalam daripada pemuda yang tidak menikah, baik kerana aktivitinya mahupun pandangan masyarakat terhadapnya.

3. Wanita memerlukan lelaki yang melindungi dan memberikan rasa aman .Dalam masyarakat yang relatif lebih aman dan liberal sekali pun,kerana wanita takut untuk keluar atau tinggal di dalam rumah sendirian setelah larut malam.

4. Imej gadis yang tidak menikah lebih mudah tercemar daripada pemuda yang tidak menikah.Kebebasannya dalam  beraktiviti, bergerak, bermusafir, berkelah dan berpakaian pun akan lebih terbatas.

5. Seorang guru besar Psikologi pernah mengadakan penelitian mengenai mentaliti wanita . Hasilnya ,95% wanita berfikir bahawa dirinya tidak bernilai tanpa kehadiran lelaki,dan betapa pun kerasnya seorang wanita menolak kehadiran lelaki , pada akhirnya dia akan menyesal.

Memilih pasarangan hidup dari keturunan yang baik


Rasulullah s.a.w. mewasiatkan kita untuk memilih isteri yang solehah . Baginda bersabda ''ceramatlah dalam memilih isteri yang akan menerima nutfah-mu(sperma),sebab sifat ibu bapa sangat berpengaruh kepada anak .''(HR .Ibnu Majah).


                     
 Baginda melarang kita terpikat kepada wanita cantik yang berasal daripada keluarga yang buruk.
               
Baginda bersabda,
         
''Jauhi khadraa' ad-diman.''para shabat bertanya ,
           
''Apakah khadraa' ad-diman itu? Baginda bersabda,
       
 ''wanita cantik daripada keluarga yang buruk.''(HR.Ad- dailami dan Ad-Daruquthni)
                   
                 
Selain daripada wajib menghindari wanita daripada keluarga yang buruk ,kita juga wajib menghindari wanita yang terdidik secara buruk .Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda,
                 
 ''Manusia adalah sahsiah dirinya dan sifat warisan daripada ibu bapanya. Budi pekerti yang buruk sama dengan sifat warisan yang buruk daripada ibu bapa.'' (HR.Al- Baihaqi)
                   
 Kadang-kadang, ada juga gadis yang solehah dan beakhlak baik ,pada hal ibu bapanya tidak begitu. Apakah gadis ini tidak boleh dipilih menjadi isteri?
               
                   
Allah SWT berfirman,

 ''Seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.''(An-Najm:38)

Akhlak yang mulia Seorang isteri


Rasulullah s.a.w pernah ditanya 'apakah perkara yang terbaik yang diberikan Allah kepada manusia?' Baginda menjawab. ''Ahlak mulia''(HR. Ibnu Hibban)
                           

Akhlak yang mulia Seorang isteri

Akhlak mulia adalah tanda keimanan yang membuatkan seorang isteri itu tidak akan menyakiti hati suami nya kerana dia mengetahui bahawa berhias dengan akhlak mulia dan menjauhi akhlak tercela adalah ibadah yang paling utama kepada Allah.
                           
 Rasulullah s.a.w  bersabda,
       
'Dengan akhlak mulia, manusia akan mendapatkan darjat yang tinggi dan kedudukan yang mulai di akhirat ,meskipun dia tidak terlalu bersusah payah untuk beribadah .Dan , dengan ahlak yang buruk , dia akan mendapat tempat yang terdalam di neraka Jahanam.'' (HR. At Tabrani)
                               
Rasulullah s.a.w  bersabda,
                       
 '' Akhlak mulia membuatkan seoran mukmin mendapat darjat yang sama dengan darjat orang yang rajin menunaikan solat sunnah di malam hari dan puasa sunnah di siang hari.''(HR. Abu Daud)
     
       
 Sebuah kata mutiara menyatakan '' Akhlak mulia itu ringan iaitu wajah yang ceria dan perkataan yang lemah lembut.''

Monday, 11 February 2013

Indahnya pernikahan

Indahnya pernikahan
 1. Pernikahan yang tidak dibina diatas asas keimanan , akan  berakhir dalam keadaan kucar -kacir.

2. Pernikahan adalah ujian dari allah swt ,baik bagi suami mahupun isteri.

3. Pernikahan yang dibeli dengan harta ,akan dijual ketika harga jualannya lebih menguntungkan .

4. Pernikahan hanya akan kerana kecantikan atau ketampanan semata -mata , seperti rumah yang  di beli kerana kecantikan luarannya sahaja .

5. Pernikahan adalah saling melengkapi antara dua orang yang tidak sempurna dan saling memahami antara dua orang  yang berakal.

6. Pernikahan adalah hubungan yang dibina diatas dasar tolong -menolong , persefahaman dan bertimbang rasa .

7. Pernikahan adalah sistem rabbani yang paling indah untuk menghimpun lelaki dengan perempuan dalam satu rumah dan satu katil ,agar mereka saling berbahagia, saling mencintai , memperolehi keturunan , dan saling berkasih sayang di  antara suami isteri dalam meniti kehidupan.

8. Pernikahan yang berjaya dan bahagia adalah suami isteri yang saling memahami,menjalankan peranannya dengan  baik , dan saling menyokong bersama pasangannya.

9. Pernikahan adalah gerbang bagi suami isteri menuju kehidupan baru yang penuh kebahagian atas kehendak mereka  berdua ,atau menuju kehancuran atas kehendak salah satunya atau pun kedua- duanya.

10. Pernikahan kebiasannya bermula dengan kata -kata yang baik.

11. Pernikahan adalah tempat persemaian emosi -emosi penting agar saling berinteraksi sampai berbuah kebahagiaan Inti pernikahan adalah ketenangan , bukan  nafsu yang bergelora atau hasrat yang menggebu.

12. Pernikahan adalah tempat berteduh bagi suami isteri. Sebagai tempat berteduh ,pernikahan melindungi mereka pada  ketika suka mahu pun duka.

13. Jangan membina rumah diatas sebidang tanah yang gersang dan tandus , tapi binalah ia diatas tanah yang subur , maka begitu juga dengan perkahwinan ini.

Saturday, 9 February 2013

Persiapan dan kewajipan sebelum bernikah.

Setinggi mana tahap kependidikan  ataupun kerjaya anda yang ceburi, anda harus mempelajari apa saja ilmu rumah tangga yang kelak menjadi hak dan kewajipan terhadap isteri, cara berinteraksi , mengenali emosi seorang isteri, karektor dan memahami fikirannya. Mencari aspek kekurangan untuk sama-sama seorang suami membimbing dan memperbaiki. Bergelar sebagai suami dan isteri mempunyai tugas yang berat dan kewajipan yang besar sekiranya seseorang itu tidak berilmu dalam hal-hal rumahtangga.

Semua ilmu ini diperolehi dari tradisi dan khidmat nasihat dari kalagan keluarga. Menyertai kursus perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mendapat ilmu tentang perkahwinan. Disamping itu juga mendengar ceramah tentang alam perkahwinan memboleh seseorang memahami selok belok perkahwinan.

Cara yang tepat mendapat kebahagiaan rumah tangga adalah memberi komitmen yang padu terhadap ajaran Islam mengenai kaifiat berinteraksi dengan isteri. Inilah jalan terbaik untuk menjadikan rumahtangga bahagia. Semakin kuat komitmen terhadap manhaj Allah dalalm berinteraksi dengan isteri, semakin dekat pula dirimu dengan kebahagaian rumah tangga yang sejati. Apa yang paling penting bagaimana mahligai perkahwinan yang terbina mendapat redha Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Jika seorang lelaki atau perempuan yang beramal soleh dalam keadaan beriman, maka kami berikan kehidupan yang baik". (Al-Nahl: 97)


Kenapa penikahan itu penting ?

Ramai orang yang menikah tanpa berbekal ilmu dan pengetahuan. Mereka hanya tahu bahawa pernikahan ialah perhunbungan Suamai isteri secara sah. Pandangan Islam tentang pernikahan adalah secara meluas dan sempurna daripada itu kerana Allah telah menjadikan pernikahan itu sebagai penawar ketenangan batin manusia.
Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan salah satu tanda kekuasaannya adalah dia menciptakan pasangan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu meresa tenang padanya. Dia juga menjadikan rasa kasih sayang diantara kamu. Sunggguh dalam hal itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". ( Ar-Rum : 21)

Pernikahan adalah asasnya terbina masyarakat. Melalui pernikahan akan terbentuk keluarga yang dapat melindungi dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak, menghasilkan anggota masyarakat yang baik.

Pernikahan adalah satu-satu cara untuk menjaga kesimanbungan kehidupan manusia dan kemakmurna dunia. Kalau tanpa pernikahan dunia ini akan punah. Pernikahan juga mendorong manusia mengejar kejayaan dan mencapai cita. Kalau bukan kerananya, manusia tidak akan bersemangat untuk berkerja dan mencari rezeki.

Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

"Jika seseorang itu bernikah, dia telah melengkapi separuh agamanya.Hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam separuhnya lagi."(HR. Al- Baihaqi dan Al-Hakim)

Orang yang membujang biasanya tidak normal dan pemikiran, mimpi, prilaku dan pandangan yang menyimpang terhadap orang lain Dalam kata lain orang yang telah bernikah adalah golongan orang yang sudah matang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts