BannerFans.com

Saturday 16 February 2013

Tips mendapat rambut indah, tebal dan kuat

Tips mendapat rambut indah, tebal dan kuat
Setiap kali menyikat rambut,apa yang sering kali terlihat ialah rambut yang gugur pada sikat.Sebenarnya ini kerana adanya pertumbuhan semula rambut. Namun jika rambut yang gugur itu cukup banyak (lebih dari 100 helai per hari) , ia boleh menyebabkan rambut menjadi nipis dan bahkan menyebabkan kebotakan. Sudah tentu rambut yang kelihatan nipis ini tidak menarik. Bagi anda yang mengalami masalah rambut nipis dan ingin menambah ketebalan rambut, berikut ialah kaedah-kaedah yang dapat dilakukan.

1. Pilih syampu yang sesuai .Syampu memainkan peranan penting dalam membentuk keindahan rambut. Bagi membantu        menyelesaikan masalah rambut anda yang tidak tebal, sebaiknya pilihlah syampu yang mengandungi protein yang  dapat  menambah ketebalan rambut.

2. Gunakan produk tambahan untuk rambut . Agar rambut dapat tumbuh subur,anda dapat membantunya dengan      memberikan vitamin atau produk tambahan lain yang dapat merangsang pertumbuhan rambut . Pilih produk yang  mengandungi panthenol .

3.Gunakan siakt bergigi jarang. Sikat digunakn untuk merapikan rambut .Akibat pelbagai aktiviti,rambut menjai kusut dan    sukar diurus.Dengan menggunakan sikat yang bergigi rapat, ia menyebabkan rambut semakin banyak yang gugur.

4. keringkan rambut dengan kaedah yang betul. Selepas syampu,teknik mengeringkan rambut yang betul adalah dengan     menekan-nekan kepala menggunakan tuala kering. Jika anda menggunakan penggerin rambut, cubalah untuk  mengangkat rambut sedikit demi sedikit.. Gunakan pengering rambut dengan suhu sejuk agar kutikel mengeras dan   rambut  tidak mudah gugur ,hal ini akan membuatkan rambut kelihatan tebal.

5. Kuatkan rambut agar tidak mudah gugur .Caranya adalah dengan menggunakan minyak jojoba yang akan menjaga   rambut dari kerosakan .Rambut menjadi tidak mudah rapuh dan berubah menjadi kuat .

6. Teknik menata rambut agar kelihatan tebal adalah dengan menggunakan pengering rambut . Tundukkan kepala, setelah  setengah kering segera  angkat kepala dan rapikan rambut dengan menggunakan sikat bulat berukuran sedang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts