BannerFans.com

Saturday 9 February 2013

Merawat rambut semasa musim hujan

Semasa musim hujan, menjaga rambut agar tetap segar menjadi perkara yang bukan mudah . Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai rambut panjang. Percikkan air hujan walau sekecil apa pun berpontesi untuk rambut menjadi kusut. Pelbagai pelakuan terhadap rambut anda sehari-hari dan sebelum keluar rumah dalam keadaan basah, amat mempengaruhi terhadap keadaan rambut. Berikut adalah penjagaan rambut agar rapi, sihat dan bersih selama musim hujan.
Merawat rambut semasa musim hujan
1. Elakkan penggunaan penyembur rambut dan gel selama musim hujan. Bahan-bahan komestik ini jika terkena hujan akan melekat dikulit kepala akan menyebabkan kelemumur.

2.Setiap malam sebelum tidur urut kulit kepala anda pelahan-pelahan dengan hujung jari untuk pelancaran darah

3.Lakukan mandian krim secara teratur, sekurang-kurangya 2 minggu sekali untuk menjaga rambut agar jauh dari masalah.

4.untuk rambut panjang, sebaiknya disanggul,diikat atau disepit dengan rapi di atas kepala jika mahu keluar dari rumah. Bagi yang berambut pendek hendaklah ditata dengan rapi kerana apabila terkena air hujan akan menyebabkan rambut cepat kering dan gaya rambut agak jauh berbeza.

5.Jika menaiki motosikal pilih gaya potongan yang sesuai. bagi yang berambut panjang pastikan anda kerap bershampoo dan bawa tuala kecil didalam tas tangan anda.

6. Elak menggunakan minyak rambut dengan banyak keran sekiranya air hujan terkena minyak mengeluarkan bau yang tidak enak.

7. Ada wanita agak ragu dengan shampoo lelaki dan sebaliknya. Shampoo adalah sama cuma yang berbeza adalah bau dan wangian tambahan

8. Jika rambut terlalu leper dan ingin lebih kembang selepas bershampu, bilas dengan air masin. Caranya masukkan satu sendok garam dalam satu gayung air lalu keringkan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts