BannerFans.com

Monday 18 February 2013

Sifat isteri yang solehah

Membahagiakan suami tidak dapat dilakukan dengan kata-kata sahaja. Malah ia hendaklah dibuktikan dengan perlakuan dan perbuatan. Isteri yang cerdas adalah isteri yang manpu berkelakuan baik dalam setiap keadaan , menjaga dan mengutamakan perasaan suami melebihi segalanya-galanya, tidak meninggalkan sifat kewanitaan dalam keadaan apa pun dan sentiasa menawan hati suami. Kata-kata manis adalah perhiasan, senyuman yang menawan adalah kecantikan, aroma tubuh yang wangi adalah kegembiraan, sisiran rambut yang baik adalah kebahagiaan dan perhiasan yang sederhana adalah cahaya.
Sifat isteri yang solehah
Beberapa sifat-sifat isteri solehah


  • Membatasi pandangan hanya kepada suami dan denganya. tidak membandingkan dengan orang lain dan tidak mengharapkan menjadi orang lain.
  • Membatasi aktiviti di rumah tidak sering keluar rumah kecuali terpaksa.
  • Bersegera meminta maaf walaupun dirinya dizalimi demi mengamalkan hadis" Mahu engkau ku beritahu mengenai isteri-isterimu yang menjadi penghuni syurga ?Merekalah yang penuh kasih sayang, subur dan suka meminta maaf. Iaitu isteri yang dizalimi, dia berkata" Inilah tanganku yang ada padamu. Aku tidak dapat tidur sampai engkau redha " (HR.An-nasa I).
  • Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mendidik anak dengan baik serta memenuhi kedua dengan baik,
  • Berusaha kelihatan cantik dalam setiap keadaan. Penampilannya cantik,aromanya wanyi, tutur katanya lembut dan memikat serta berakhlak mulia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts