BannerFans.com

Friday 22 February 2013

Kesalahan yang dilakukan dalam solekkan Wajah


Kesalahan semasa merias wajah kerap terjadi. Apatah lagi jika wanita mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli kosmetik yang dapat membuatkan kulit kelihatan mulus tanpa cela . Hindari kesalahan tersebut dengan menyemak perlakuan-perlakuan berikut :

1. Menggunakan pelindung cela berulang kali
                     
Biasanya pelindung cela digunakan untuk menyamarkan jerawat dengan aplikator ke dalam cairan , lalu disapu pada bahagian yang bermasalah. Benarkah ini langkah yang tepat ? Ternyata tidak. Anda perlu mengetahui bahawa dengan memakai aplikator satu kemasan dengan botol  pelindung cela hanya akan mengalakan timbulnya masalah lain ,iaitu bakteria yangtersebar lebih banyak .Bayangkan sahaja setiap kali selesai menggunakan aplikator , anda akan memasukannya ke dalam botol .Dari sinilah bakteria dapat tumbuh dengan bebas dalam satu botol. Memberi ruang pada bakteria untuk berkembang merupakan perkara pertama yang menyebabkan munculny jerawat.
                       
Oleh itu , jangan beriakn peluang pada bakteria untuk membiak. sebagai jalan penyelesaian ,jangan menyapukan pelindung cela menggunakan aplikator dalam botol.Langkah yang baik adalah dengan menggunakan putik kapas. Hal ini dapat menjadikan pelindung cela agar tetap terjaga kebersihannya , dan bebas dari bakteria.

2. Menggunakan span bedak
                         
Alasan tidak menggunakan semula span alas bedak untuk penggunaan aplikator adalah untuk menghadkan penyebaran bakteria. Jangan menggunakan span alas bedak yang dikeluarkan oleh kilang kosmetik. Gunakan bola-bola kapas untuk menyapu alas bedak. Dengan cara ini ,setiap kali memakai alas bedak ,kulit akan terjaga kebersihannya.

3. Menyapu kan pelembap dan  hiasan dengan tebal.
                   
Kebiasan anda mengenakan solekan yang tebal merupakan perkara yang selalu dilakukan , apatah lagi jika ditambah sambil menggosok menggunakan tangan dengan kuat. Ia akan semakin memburukkan keadaan kulit.Lapisan kosmetik yang tebal akan menyumbat liang-liang ,sementara pori yang tersumbat merypakn tempat ideal bagi bakteria untuk berkembang. Sebagai jalan penyelesaiannya, sapukan hiaan dan pelembap dengan lembut.Sapukan pelembap dengan tebal dan kasar , merupakan kombinasi perlakuanyang dapat memudahkan munculnya kedut dan jerawat.

4. Menyapukan hiasan secara tidak merata.
                       
 Jika terdapat kumpulan jerawat yang mengelilingi pelipis dan garis rambut anda , ia mungkin disebabkan kerana anda terbiasa memakai kosmetik atau pelembap dari bahagian bawah muka menuju ke atas.Tahukah anda bahawa lebihan kosmetik dan pelembap yang berkumpul pda pelipis dan garis rambut tersebut akan menyumbat liang-liang sehingga menggalakan timbulnya jerawat?
                           
Sebagai jalan penyelesaian ,ketika menyapukan hiasan ata u pelembap ,sapukan secara merata ke seluruh wajah. Ingat , produk rambut juga dapat tersebar ke garis rambut anda dan meningkatkan kemungkinan liang-liang berkumpul sehingga menimbulkan jerawat. Jangan lupa semasa membersihkan wajah , guanakan tuala suam pada kawasan garis rambut. Ini untuk membantu mengangkat timbunan bahan-bahan lilin yang tersisa dari hiasan.
                         
 Terdapat dua perkara penting yang harus anda ingat ketika menggunakan hiasan dan pelembap, iaitu kapas dan bulu ayam . Kapas merupakan simbol keperluan untuk menggunakan aplikator bersih ketika memakai hiasan .Manakala bulu ayam mewakili pemakaan hiasan dan pelembap secara ringan.

5. Kesalahan menyolek yang membuatkan anda kelihatan 10 tahun lebih tua. Tidak ada wanita yang ingin dipandang lebih tua dari usia mereka yang sebenar nya. Bahkan , salah satu tujuan kita merawat wajah dengan pelbagai jenis produk rawatan yang mahal adalah untuk kelihatan awet muda . Bagi anda yang dikurniakan wajah yang sihat ,anda harus bersyukur kerana jutaan wanita pasti berasa iri hati pada anda. Namun jika wajah anda menampakkan usia anda yang sebenar ,anda harus berhati-hati dalam merias wajah kerana ternyata ada beberapa kesalahan berdandan yang seakan-akan boleh membuatkan anda 10 tahun lebih berusia.Berikut ini ialah kesalahan-kesalahan tersebut.

a. Alas bedak tebal. Solekan yang terlalu tebal merupakan salah satu cara terbaik untuk kelihatan lebih tua dari usia     sebenar anda . Menurut artis solek dari Amerika ,Chrisanne Davis, anda harus mengelak dari menyapu alas bedak yang     terlalu tebal di wajah anda.Anda boleh memilih alas bedak yang nipis atau pelembap berwarna . Selepas anda     menyapunya ke wajah , tekan dengan span yang lembab di daerah wajah yang memiliki kedutan untuk menyerap lebih    alas bedak .Semakin banyak kulit yang dapat ditunjukkan ,semakin baik .Begitulah tips menurut artis solek , Sandy Linter.    Selama kulit anda cukup lembap ,kulit yang segar akan kelihatan lebih awet muda yang tertutup dengan pelbagai jenis    produk wajah.

b. Asas bedak yang terlalu terang. Selain alas bedak yang terlalu tebal, warna alas bedak yang lebih pucat dari warna kulit     asli anda juga akan menegaskan garis-garis halus di wajah. Sandy Linter menyarankan ketika usia anda bertambah,        cubalah untuk memilih warna yang sedikit lebih gelap dari warna asli kulit wajah anda walaupun anda berkulit        cerah.Sementara menurut Chrisanne Davis pula , cuba pilih alas bedak satu atau dua kali lebih gelap dan memiliki            partikel-partikel yang membuatkan wajah berkilat . Formula sprti itu akan membuatkan kulit wajah anda kelihatan bersinar.

c. Pelindung cela tebal pada lingkaran hitam di mata . Kulit di bawah mata kita akan semakin nipis ketika umur semakin     bertambah sehingga hal itu akan membuatkan hiasan tebal di daerah itu kelihatan ketara.Usahkan untuk bersolek nipis     bagi daerah di bawah mata yang cenderung berbentuk lingkara hitam . Menurut sandy linter, anda harus menggunakan     berus kerana berus mengagihkan warna dengan lebih merata .
 
d. Penggaris mata di bahagian bawah. Menambah hiasan penggaris mata di garis bahagian bawah hanya akan      membuatkan mata anda kelihatan lebih kecil. Hal ini akan menarik perhatian orang lain terhadap lingkaran hitam di      bawah mata anda .Aplikasikan penggaris mata di garis bahagian atas dan buat garisnya semakin tebal ke sudut mata di      mana daerah tersebut memiliki kecenderungan untuk menurun semasa usia kita bertambah.

e. Perona pipi pada puncak pipi. Hati -hati kerana warna pada puncak pipi akan mendedahkan kulit yang sudah kendur.     Sandy Linter menyarankan untuk menambahkan warna -warna pada titik tertinggi pada tulang pipi,jangan terlalu dekat    dengan hidung, dan naikkan ke atas dengan berus yang cukup besar untuk menutup seluruh tulang pipi.Selain itu, hindari    pemakaian warna yang terlalu glamor .Warna-warna seperti emas dan coklat tua akan membuatkan wajah anda kelihatan    bujur jika anda bertubuh kurus. Sebaliknya jika anda tidak kurus,anda akan kelihatan sperti badut. Warna -warna neutral    seperti merah jambu muda boleh menjadi pilihan terbaik bagi apa jua warna kulit wajah anda.

f. Bedak tabur wajah di daerah mata. Bedak tabur bermanfaat untuk mengurangkan minyak yang membuatkan hidung atau    dagu anda berkilat , tetapi menurut Sandy Linter, pada bahagian-bahagian lain dari wajah, bedak boleh menampakkan    kedutan dengan jelas dan membuatkan kulit wajah kelihatan kering . Satu-satunya masa Linter memberikan bedak tabur    pada klien diatas 40 tahun ialah semasa klien tersebut akan diambil gambarnya oleh juru gambar profesional kerana    forula ringan bedak tabur membantu menghilangkan kesan penuaan pada wajah. Meskipun begitu, satu aturan utama    tetap harus diperhatikan iaitu elakkan daerah mata sama sekali.

g. Gincu yang comot. Semasa usia anda bertambah , garis bibir semulajadi anda akan mula memudar sehingga gincu      yang anda pakai mempunyai kemungkinan untuk terkeluar dari garis bibir.Chrisanna davismenyatakan bahawa      menggariskan bibir denga inovasi prpduk kecantikan terbaru,iaitu penggaris bibir dapat membantu menjaga warna  gincu tetap padanya.

h. Pembayang mata yang berkilau dihujung mata. kadang-kadang dengan sedikit kilauan dapat mencantikan mata dan     membuatkan hiasan pada mata kelihatan terlalu sederhana. Namun kilauan di hujung mata ini dapat menegaskan setiap      garis halus atau kedutan . Jika anda ingi hiasan kelihatan bersinar ,jaga agar tetap berada di bahagian dalam iaitu di  bahagian tengah kelopak mata dan hanya pada sekitar tulang kening.

i. Maskara di bulu mata bawah.Melapisi bulu mata bahagian bawah dengan maskara akan menampakan garis halus    kedutan pada sudut luar mata dan lingkaran hitam di bawah mata . Lapisi bulu mata bahagian atas sahaja dengan    maskara paling hitam yang boleh anda gunakan , begitu saran Sandy Linter sehingga bahagian putih pada mata anda    akan kelihatan lebih putih dan jernih.
                   
Kemudian ,anda juga harus mengelak dari formal maskara terlalu tebal yang cenderung menggumpal. Bulu mata cenderung semakin kering ketika kita bertambah tua sehingga maskara akan lebih muda bergumpal dan menitis pada wajah anda. Jangan lupa untuk menyepit bulu mata agar mata kelihatan lebih besar. Hal ini dapat membuatkan anda kelihatan lebih muda.

j. Gincu yang memberi kesan berat. Warna gincu yang menonjol,warna-warna yang terlalu gelap ,warna metlik,atau warna    berkilau,terlalau berat bagi bibir yang semakin menipis kerana usia. Pilihlah warna merah yang neutral. Selain itu, anda    boleh mempertimbangkan untuk mengganti gincu dengan pengilat bibir berwarna yang dapat membuatkan bibir anda  kelihatan penuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts