BannerFans.com

Tuesday 12 February 2013

Kenapa orang sekarang lambat berkahwin ?

Sudahkah anda berkahwin ? Satu persoalan yang amat merunsing bagi mereka yang lanjut usia. Di zaman serba moden dipenuhi dengan teknologi terkini disamping media elektronik yang canggih masih ada mereka yang lambat mendirikan rumah tanggah. Memang betul ajal maut ,jodoh pertemuan semua ditentukan Allah S.A.W tetapi sekiranya kita tidak berusaha untuk mencari , mana datangnya jodohnya. Sebagai seorang yang beriman kita seharusnya berusaha untuk mencari pasangan supaya kita dapat memenuhi tujuan kita di dunia ini. Apa yang saya coretkan disini bukan untuk menghina golongan yang lambat berkahwin tetapi sekadar berkongsi untuk renungan bersama.
Kenapa orang sekarang lambat berkahwin ?
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Perkara yang membuat seseorang lambat mendirikan rumahtangga. :-

  • Terlalu memikir kejayaan atau kerjaya.
  • Terlalu mencari kesempurnaan.
  • Kurang didikan agama tentang perkahwinan
  • Merasakan perkahwinan tidak penting bagi dirinya.
  • Kos yang tinggi  untuk menanggung kos perbelanjaan perkahwinan.
  • Kurang matang.
  • Takut pada tanggung jawab
  • Hantaran yang dikena agak tinggi diluar kemampuan pihak lelaki.
  • Kerjaya yang menyekat pergaulan seperi pergi berkerja awal pagi balik lewat malam.
  • Selalu menangguh perkahwinan.
  • Masih lagi mencari-cari nikmat keduniawi sehingga lupa bahawa umur sudah lanjut untuk berkahwin
  • Masalah kesihatan.
  • Tidak mempunyai kerjaya yang tetap.
  • Mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluar.
  • Terlalu mengikut adat seperti langkah bendul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts