BannerFans.com

Tuesday 12 February 2013

Tips mendapat bibir yang cantik


Bibir yang lembut dan halus merupakan kayu ukur kecantikan fizikal.Kulit di bahagian bibir biasanya kurang memiliki kelenjar minyak sehingga menjadi mudah kering dan pecah. Anda perlu melakukan rawatan khusus untuk menambah tahap kelembapannya.Apatah  lagi semasa musim berganti, bahagian bibir memerlukan perhatian yang khusus .Berikut ialah beberapa langkah yang dapat anda lakukan untuk mendapatkan bibir yang lembut dan halus :

1. Selalu menyapukan pelindung bibir semula jadi untuk melindungi bibir.

2. Lakukan urutan ringan pada bibir dengan krim khusus bibir dan sapukan sedikit pada bibir di waktu malam hari untuk     perlindungan semula jadi.

3. Rendam teh dalam air suam lalu tekan-tekan pada bibir selama 3 minit .Ini akan meningkakan tahap kelembapan pada     kulit bibir.

4. Agar bibir menjadi lebih tenang ,buat masker semula jadi dengan jus betik yang pekat .Letakkan di tuala lembut dan    gosokan perlahan-lahan di sekitar bibir. Biarkan selama 10 hingga 15minit ,basuh ,dan sapukan pelindung bibir.Betik    mempunyai kandungan enzim yang berfungsi menggelupaskan dan dapat membantu menanggalkan kulit mati di bibir    serta menghaluskannya.

5.Jangan menjilat bibir berulang-ulang kali.

6. Bersihkan gincu sebelum anda tidur dengan pembersih khusus bibir dan jangan lupa sapukan pelembap bibir sebagai perlindungan.

7. Jangan lupa untuk sentiasa menyapu pelindung bibir sebelum memakai gincu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts