Banyak produk rawatan wajah yang ditawarkan untuk mencantikan dan membersihkan wajah anda . Terdapat banyak produk kecantiakn yang dapat diterima dalam membersihkan minyak dan kotoran dari wajah . Namun setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Cara terbaik untuk membersihkan wajah ialah yang sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup.
.jpg)
Pembersih cair bebas minyak ialah produk cair yang membersihkan wajah tanpa menggunakan minyak atau lemak. Ia amat sesuai untuk kulit yang sangat kering atau sensitive. Namun ia tidak berkesan dalam menanggalkan minyak atau kotoran dan hanya disarankan untuk pembersihan minimum. Komposisi yang di temui dalam pembersih ini ialah glycerin,cety alcohol , sodium laurel dan sulfate .Ia boleh menyebabkan lapisan lembap menjadi nipis sehingga tidak baik untuk kulit wajah yang berjerawat.
Krim pembersih pula amat sesuai digunakan untuk menanggalkan hiasan kosmetik. Kandungan krim pembersih terdiri dari air , minyak mineral, petrolatum, dan lilin agar ia sesuai untuk kulit kering. Pemakaian pembersih yang menggunakan skrub dapat menyebabkan iristasi,kemerahan ,atau luka kecil pada wajah . Skrub kasar mengandungi pelbagai kandungan yang bukan hanya membersihkan wajah, tetapi juga menyebabkan pengelupasan sehingga pada kadar tetentu.Skrub paling kasar ialah skrub yang mengandungi kandungan seperti partikel-partikel aluminium oxide dan biji buah -buahan . Partikel kasar ini tidak sesuai untuk kulit sensitive. Namun sebahagian besar kult dapat menerima skrub wajah ringan yang mengandungi polyethylene yang halus dan bulat atau sodium tetraborate, butiran yang menghaluskan dan larut ketika digunakan.
No comments:
Post a Comment