Sebagai manusia normal kita tidak lagi dari keadaan tua. kita seharusnya bersedia sebelum menghadapi hari tua. sebahagian orang , hari tua adalah sesuatu yang menakutkan. Apatah lagi proses penuan hadir tetapi belum tiba masanya. Pelbagai usaha untuk melambatkan proses penuaan sehingga ada yang berhabis beribu-ribu ringgit dan ada pula menyiksa diri. Berikut beberapa tip untuk kita kelihatan lebih muda dan awet muda supaya kita sentia kelihatan lebih muda :-
- Gunakan Kaca mata hitam apabila keluar rumah supaya dapat melindungi kelopak mata yang agak mudah berkedut sekiranya terkena pancaran matahari.
- Jangan merokok , kerana merokok terdedah kepada penyakit yang merbahaya disamping itu juga ia akan merosakkan lapisan kulit. Selalunya orang yang merokok kelihatan lebih tua dari mereka yang tidak merokok.
- Mengambil pemakanan yang sihat dapat melambat proses penuaan. seperi buah-buahan, kacang-kacang, sayur-sayuran, ikan, serat dan lemak tidak tepu untuk menjaga kulit sentiasa segar. Jangan lupa mengambil antioksidan asid lemak pati.
- Gunakan pencuci yang diluluskan untuk mencuci kulit kotor dan gunakan pelembab yang sesuai . sila rujuk kepada mereka yang pakar tentang penjagaan kulit.
- Tidur yang cukup membuat anda sentiasa segar disiang hari. Ini juga dapat memberikan anda kesihatan menyeluruh dari segi mental dan fizikal.
- Kurangkan stres dengan menjalankan aktiviti senaman dan riadah bersama insan yang tersayang. Bercuti juga adalah jalan terbaik untuk menghilangkan stres.
- Rawat sekitar kelopak mata dengan krim yang lembut untuk mengurang kedutan. Gunakan krim yang sesuai dengan kulit anda.
.jpg)
No comments:
Post a Comment